Thursday, May 24, 2012

Jika..

Jika dia masih bersama saya,
akan saya izinkan dia menonton perlawanan bola semahunya.

Jika dia masih bersama saya,
akan saya izinkan dia bermain futsal sepuas hatinya.

Jika dia masih bersama saya,
akan saya memberi dia ruang untuk bernafas dan berehat.

Jika dia masih bersama saya,
akan saya ubah sifat pemarah ini kpd sifat penyabar.

Jika dia masih bersama saya,
akan saya berikan yg indah sahaja utk dia.

Jika dia masih bersama saya,
akan saya menjadi lebih matang, tidak lagi kebudak-budakan.

Jika dia masih bersama saya,
akan saya ubah leteran menjadi kata semangat dan pujian.

Jika dia masih bersama saya,
akan saya hargai dia lebih dari apa yang pernah saya berikan.


Manusia itu,
apabila kehilangan dia akan menjadi lebih......
menghargai, mengerti, mencari dan menyesali.

p/s : Nukilan ikhlas dari hati.