Wednesday, November 30, 2011

Life.

Salam.
hidup ni tak akn sentiasa dilalui mengikut kehendak kita.
kuasa Allah, tiada siapa yang mampu menghalangnya.
sedih, duka, luka, patah hati mcm mana pn,
kalau itu kehendak Allah, kita kena redha.

"sesungguhnya ketentuan drpd Allah SWT itu adalah lebih baik drpd kehendak kita"

kepada sahabatku tercinta yg berada di Jepun sana (yup, kamu lah!) maafkan lin sbb dh buat kamu risau..i'm fine here..

kepada sahabat2ku yg lain, thanks 4 being there for me bila aku memerlukan kekuatan.

kadangkala, gelak ketawa, senyum manis hanya dilemparkan untuk menutup kedukaan yang berada di hati ini. percayalah, aku juga punya perasaan. janganlah diremehkan hati dan perasaanku ini.

sekian, wassalam..

Sunday, November 27, 2011

hati.

ya,
aku sakit hati.

p / s : hukum karma babe. ur time will come soon.

Saturday, November 26, 2011

spending the day with brother.

salam.
sihat ke readers blog aku ni?
ececey, bunyi mcm ramai je kn.
actually, nk crita ape yg blaku hari ni..

bangun pagi,
siap2, melawa2, tnggu abgku syakir dtg amik.
ktorg plan nk kuar spend the day together2.
hihihi, kamceng kn adik dgn abg? :))

bila dia smpai,
aku tnya "nak gi mane nih?"
dia jwb "kita gi metrokajang je la"
hahhh??!!
punya la havoc aku melawa hari ni,
dia nk bwk aku gi metrokajang je?
skali dia melawak jerr.. (aku mmg tau dah)
so,
ktorg decide pegi Mid 'Belly' utk menyempurnakan sesi membesarkan belly kami. :p
otw gi Mid tu, mmg perut aku berkeroncong dh.
lapar sgt2 dh kot.
smpai rse ketar lutut, urat saraf smua ada.
skali jalan jem pulakk..
aihhh, time lapar ni la die nk jem..

dh smpai Mid,
nk cari parking pulak 1 hal..
lama sgt round2 situ nk cari parking,
dlm stgh jam jgk la,
last jmpa la..
perut mmg dh mgamuk minta diisi..
masuk Mid,
abg aku ckp nk beli tiket wayang dlu.
wahh? tgk wayang?
xde dlm plan ni.
abgku suka menye'prise'kan adiknya.
"haihh, lambat lg perutku dpt diisi" <<--kataku dlm hati

bratur punya pjg,
ktorg pn beli la tiket cite Puss in Boots..
abg au la beria nk tgk cite ni.
best ke x pn aku xtau..
dh la mahal..
**ok aku jakun xpnh tgk cite 3D & aku tkejut hrga tiket rm19 seorg**
nsib baik abg aku byrkn tiket wyg.. hihihii..

dh beli tiket wyg,
aku pn melantak bibimbab..
sbb tu makanan yg plg byk kuantitinya yg cnfirm bg aku knyg lama.
plus mmg feveret food aku..
dh knyg tu,
ktorg pn gi la jejalan smntara nk tnggu movie..

then, dh smpai masa ktorg gi masuk dlm panggung..
mmg excited sbb xpnh tgk cite 3D..
kui3..
ok, crita Puss In Boots sgt best & klaka..
aku xsngka aku blh gelak gile2 tanpa kawalan..
sgt sgt berbaloi lah rm19 tu (kalo duit sndiri, berkira la jgk =P )

dh hbis tgk cite,
ktorg gi mkn cream puff..
alaaaa cream puff yg besar tuuu..
yg creamy n sedap tuuu..
sape gi Mid, msti tau kaannnnn..

dh siap minum ptg,
kami pon balikkkk..
sblm tu singgah dlu di Haji Samuri utk membedal sate..
sgtttt kenyang Alhamdulillah..
lalu aku balik ke kolej..

haaaa, xbest kn crita aku?
tahniah kpd sesiapa yg bce smpai hbis..

p / s : the heart i gave you, please handle with care. my heart is fragile.


Sunday, November 20, 2011

jiwa aku.

salam,
perkara2 yang puitis adalah jiwa aku.
ini adalah BLOG yang mmg kena dgn jiwa aku.
sgt kena.

p / s : camane nak pulihkan kerosakan yang telah berlaku?

Saturday, November 19, 2011

words.

salam.
there are times,
no one can console you.
no one can give you the right words to calm you.
no one can lend their shoulders for you to cry on.
and you feel so sad,
so sad that you cant express it in words.

p/s : Kenapa sedih sgt, I have Allah who are there for me all the time. Berdoalah, even kamu tiada masalah untuk kamu mengadu kpd Allah, namun masih banyak perkara yang perlu kamu syukuri & do tell Him!

Friday, November 18, 2011

Baca yerr...

Assalamualaikum.
pernah dgr or tgk tak org sebar kt FB yg memberitahu kita yg pakai tudung pin ke belakang tu menyerupai biarawati Kristian??

Disini ade penjelasan mengenai isu ini.
harap semua dpt baca.
agak panjang tapi saya rase dpt menguraikan beberapa kekeliruan anda semua.

saya sendiri xminat pakai tudung sebegini sbb rasanya muka saya lg sesuai dgn tudung bawal :)) hee..

[penjelasan (yg dibold) ni diambil dari FB seorang pakar motivasi]

Salam Semua,

Disini ada beberapa penjelasan bg Isu yg sy ingin kongsikan bersama2 dgn tuan2-puan2 tempoh ari..harapan sy dpt sekali lg kita kongsikan bersama2 penjelasan ini..

Cara pemakaian tudung yang dituntut oleh Syariat ialah dengan menutupi seluruh kepala (rambut), bahagian leher dan labuh hingga ke dada. Ini sebagaimana arahan Allah;
وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ

“Dan hendaklah mereka (yakni wanita-wanita beriman) melabuhkan tudung-tudung kepala mereka hingga ke dada-dada mereka”. (an-Nur: 31)

Mengenai fesyen, tidaklah disyaratkan fesyen tertentu asalkan ia memenuhi kehendak ayat di atas. Warna juga tidak dihadkan kepada warna tertentu, akan tetapi hendaklah dipastikan tudung yang dipakai tidak jarang dan tidak mempunyai corak yang terlalu menarik perhatian lelaki atau corak-corak lain yang tidak sesuai dengan idenditi wanita Islam. Warna yang disukai Rasulullah ialah warna putih sebagaimana sabdanya; “Pakailah pakaian berwarna putih kerana sesungguhnya ia lebih suci dan lebih baik dan kafankanlah dengannya jenazah-jenazah kamu” (HR Imam at-Tirmizi, an-Nasai, Ibnu Majah dan Musnad Imam Ahmad dari Samurah bin Jundab r.a.).

Mengenai penyerupaan/peniruan kepada orang kafir, Nabi -sallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda; “Sesiapa menyerupai satu kaum, ia dari kaum tersebut” (HR Imam Abu Daud dari Ibnu Umar). Menurut Imam Ibnu Kathir; hadis ini merupakan larangan keras terhadap perbuatan meniru orang kafir sama ada dalam ucapan, perbuatan, pakaian, perayaan, ibadah dan sebagainya yang tidak disyariatkan untuk kita (umat Islam). (Lihat; Tafsir al-Quran al-Adziem, surah al-Baqarah, ayat 104).

Namun para ulamak menjelaskan; maksud peniruan/penyerupaan kepada orang kafir atau orang fasik yang dilarang ialah yang khusus bagi sesuatu kaum kafir atau fasiq iaitu yang menggambarkan indentiti mereka, seperti; salib (yang melambangkan agama kristian), sabit dan penukul (lambang komunis), lambang nazi, pakaian-pakaian orang fasiq (seperti gaya berpakaian artis-artis Barat), gaya-gaya rambut orang fasik dan sebagainya. Adapun pakaian yang dipakai oleh orang ramai tanpa mengira agama dan bangsa seperti seluar, baju kemeja, kot dan sebagainya atau berlaku kesamaan/keserupaan secara kebetulan seperti jubah litup yang dipakai oleh imam-imam, ulamak-ulamak dan dipakai juga oleh paderi-paderi Kristian dan Yahudi, kopiah yang dipakai oleh orang-orang Islam dan turut dipakai oleh sebahagian penganut bukan Islam (seperti orang Yahudi), tudung kepala (yang turut dipakai juga oleh paderi-paderi wanita kristian) dan sebagainya, penyerupaan/kesamaan secara umum atau kebetulan ini tidaklah termasuk dalam larangan hadis kerana ia bukan bersifat khusus bagi sesuatu kaum kafir atau melambangkan identiti agama mereka.

Adakalanya suatu pakaian menjadi identiti agama di satu tempat, tetapi di tempat lain ia adalah pakaian biasa yang tidak melambangkan agama. Maka ditempat lain itu, tidaklah dianggap menyerupai penganut agama lain jika ia dipakai oleh orang Islam. Imam Malik pernah ditanya hukum memakai sejenis pakaian bernama al-Burnus.[1] Ia menjawab; “Harus”. Dikatakan kepadanya; “Tetapi ia adalah pakaian rahib-rahib Nasara (ahli-ahli ibadat Kristian)”. Imam Malik menjawab; “Ia di sini (di Madinah) dipakai oleh orang ramai”. Begitu juga, suatu pakaian mungkin pernah menjadi identiti agama di satu masa, namun setelah zaman berubah, ia tidak lagi menjadi identiti agama.

Imam Ibnu Hajar ketika mengulas tentang sejenis pakaian yang bernama al-Mayasir al-Arjuwan yang dilarang oleh Nabi di zamannya, beliau (yakni Ibnu Hajar) berkata; Pakaian tersebut jika sebab larangannya adalah untuk mengelak dari mengerupai orang-orang asing (orang-orang bukan Islam) maka larangan tersebut adalah kerana maslahah agama. Namun oleh kerana pakaian itu hanya menjadi syiar agama pada ketika itu sahaja iaitu pada zaman mereka masih kafir, kemudian hari ini ia tidak lagi menjadi syiar agama, maka larangan tersebut telah hilang. (Lihat; Fathul-Bari, Imam Ibnu Hajar, kitab al-libas, bab Labs al-Harir wa ad-Dibaaj….). Apa yang disebut oleh ulamak itu mungkin boleh kita samakan dengan masalah pemakaian cepiau (topi).[2] Pada zaman dulu, pemakaiannya difatwakan haram oleh ulamak-ulamak kerana ia adalah topi penjajah. Apabila seorang muslim memakainya pada ketika ia seolah-olah dari kalangan penjajah atau yang pro penjajah. Namun hari ini, faktor yang menyebabkab larangan itu telah tidak ada lagi, maka tidak ada ulamak yang memfatwanya sebagai haram dipakai oleh orang Islam hari ini.

Untuk memudahkan kita membezakan bentuk penyerupaan yang harus dan yang tidak harus, di bawah ini dikemukan beberapa dhabit yang diberikan ulamak;

1. Berkata Imam al-Qurthubi; “Jika suatu pakaian telah menjadi identiti khusus bagi golongan fasik atau golongan yang suka berpoya-poya, dilarang orang lain memakainya” (Faidhul-Qadier, 6/104).

2. “Semua jenis pakaian yang boleh menimbulkan tanggapan kepada orang yang melihat bahawa si pemakainya adakah kafir atau dari kelompok fasik, maka ia adalah penyerupaan yang dilarang agama” (Syeikh Abdul-Wahhab Tawilah).

3. “Yang dikehendaki dengan menyerupai orang-orang kafir yang dilarang itu ialah menyerupai mereka dalam perkara yang menjadi identiti khusus mereka dalam adat-adat (kebiasaan-kebiasaan hidup) dan menyerupai mereka dalam perkara-perkara yang direka mereka dalam agama mereka merangkumi urusan-urusan aqidah dan ibadah-ibadah mereka” (Majlis Fatwa Arab Saudi, 3/307).

4. “Cara untuk menilai penyerupaan (yang dilarang) ialah; orang yang meniru/menyerupai ia melakukan suatu perbuatan yang menjadi identiti khusus orang yang ditiru. Maka maksud menyerupi orang-orang kafir (yang ditegah agama) ialah seorang muslim melakukan sesuati yang menjadi identiti khusus orang-orang kafir. Adapun perkara yang telah tersebar di kalangan orang-orang Islam dan tidak lagi menjadi ciri-ciri khusus orang kafir, ia tidaklah dikira penyerupaan dengan mereka. Maka ia tidaklah diharamkan kerana faktor penyerupaan walaupun mungkin diharamkan kerana faktor yang lain” (Syeikh Muhammad Soleh al-Uthaimin).

Merujuk kepada soalan di atas, apakah tudung yang dipin ke belakang itu benar-benar menyerupai biarawati kristian?, persoalan ini perlulah diselidiki lebih lanjut. Namun secara zahirnya, di Malaysia ini wanita-wanita Islam yang memakai tudung sebegitu tidaklah dilihat oleh orang lain sebagai biarawati kristian atau orang yang ingin meniru mereka. Ia mungkin berlaku secara kebetulan. Oleh itu, pada pandangan saya ia tidaklah boleh kita anggap sebagai menyerupai biarawati Krisrian secara dasarnya. Namun dari segi pemakaian tudung, hendaklah dipastikan ia mematuhi ciri-ciri tudung yang ditetapkan Allah tadi.

Wallahu a’lam.

Rujukan;
1. Fiqh al-Albisah wa az-Zinah, Abdul Wahhab bin Abdus-Salam Tawilah, hlm. 182.
2. Fathul-Bari, Imam Ibnu Hajar, kitab al-libas, bab Labs al-Harir wa ad-Dibaaj….
2. Fatwa Syeikh Muhammad Soleh al-Munajjid (Islamqa.com), no. 69789.
Nota hujung;
[1] Burnus; tutup/tudung kepala bersekali dengan baju atau jubah (lihat; Kamus al-Marbawi). Ia dipakai oleh rahib-rahib Kristian.
[2] Cepiau; Syeikh Idris al-Marbawi dalam kamusnya (Kamus al-Marbawi) menyebutkan; ia haram dipakai.

SEMOGA IANYA MEMBERI MANFAAT..


Tuesday, November 15, 2011

Bersyukurlah..

Bersyukurlah kpd Allah krn mengurniakan org yg menyakiti hati kamu krn dialah yg akan menabahkan hatimu..
bersyukurlah kpd Allah krn mengadakan org yg menipu kamu krn dialah yg akan meningkatkan pengetahuan kamu..
bersyukurlah kpd Allah krn mengadakan org yg tidak mengendahkan kamu krn dialah yg akan memupuk sifat berdikari kamu..
bersyukurlah kpd Allah krn menciptakan org yg menjatuhkan kamu krn dialah org yg akan menghebatkan keupayaan kamu..
dan bersyukurlah kpd Allah krn menjadikan org yg menyeksa kamu krn dialah org yg akn menguji kesabaran kamu..

p/s : taken from my old blog. ditujukan kpd kawanku yg sedang menghadapi masalah sekarang.. bersabarlah & bersyukurlah..

please be positive.

Assalamualaikum semua :))

rase mcm nak update blog lah sbb hari ni rajin sikit b'bnding biasa.
hurmm,
actually xde particular reasons / story nk diceritakan kali ni,
cuma nk bg motivasi sikit2 kpd sesiapa yg rase x b'motivasi tu.
ekekeke.
mcm kaunselor pulak kn?

1stly nak cakap pasal Happiness..
happiness is a choice.
u choose to be happy, it comes from you.
happiness xdtg kpd u.
u xkn happy kalau u slalu fikir yg u unhappy.
jangan sandarkan kebahagiaan hidup kita kpd seseorang atau sesuatu perkara.
kalaulah seseorg atau perkara tu hilang dari hidup kita,
bermakna kebahagiaan kita turut hilang.
sandarkan kebahagiaan u pada Allah & agama Islam.
InsyaAllah,
ia takkan pernah hilang dari kita melainkan kita yang membuangnya.

okay,
now nk suruh kamu2 semua hayati lirik kt bawah ni,

Don't you ever wish you were someone else,
You were meant to be the way you are exactly.
Don't you ever say you don't like the way you are.
When you learn to love yourself, you're better off by far.
Believe in yourself.
Reach down inside.
The love you find will set you free.
Believe in yourself, you will come alive.
Have faith in what you do.
You'll make it through.

orang2 yg rapat dgn saya pasti tahu how I love 'quotes' so much.
sampai siap hafal lotsa quotes yg mmg mnjadi my favourite.
actually,
quotes adalah perkara yg plg mudah nk masuk dlm hati,
plg mudah utk dihadam,
plg mudah nk boost smgt if u're down.

ehhh,
tibe2 rase mcm post ni dah xde hala tuju.
ni la kalo wat karangan tanpa buat rangka karangan.
kan dah lari topik.

nk dgr 1 quote x?
ni dipetik drpd buku tulisan Hlovate.
" You can never be perfect because there will always room for improvement, yet along the way to become perfect, you will learn to get better "

ada pahammmmmm? :))

ohh, jumaat ni ade midterm exam.
still boleh senyum2, happy2.
malas nk cuak2, panik2.
nnt ape pn xbolehhh..

p / s : Kesiannya kt 'kecintaan' saya, laptop dia kena curi. sabarlah sayang ye..