Wednesday, March 30, 2011

jodoh on the way.

Assalamualaikum.
: )
apa khabar semuanya?
ada sehat kah?
cis, skema campur pelik je ayat aku ni.
hehe.

actually, sekarang ni tepat jam 1:45 pagi.
rase nk hupdate belog utk bercerita apa yg berlaku hari ni (ehh, semalam).

bangun pagi, mandi2 & pakai lawa2.
ehh pakai lawa2 nk gi mana?
sebenarnya cousin promise nk lunch sama.
cousin mana?
nama dia Haziq.
cousin belah papa tp xrapat sgt pn.
sbb segan.
hehee.
terjumpa kt FB, tetiba kami mesra pulak.
maybe xsegan sgt sbb borak dlm FB.
dia tnya,
knp xpernah pegi rumah sbb dekat je dgn ukm.
rumah dia selangkah je pon dari sini.
kuar gate, trus masuk simpang mane ntah tp dekat je la.
sebelum roundabout pn.
mmg dekat.
aku ckp la segan, then dia ajak lunch sama.
tu yg bgn trus siap awal2.

stelah dia amik aku kt kolej,
dia tnya nk gi mkn mana.
aku ckp la xkesah.
then aku tpikir,
alang2 dh kuar,
baik aku jumpa trus Chik & Ayah Chik (parents si Haziq ni la)
so aku cdgkn makan je kt umah dia.
dia ckp okay je.
so, kami pegi beli food & balik rumah Haziq.
jumpa parents Haziq.
(bunyi mcm mertua pulak, pdhal pakcik makcik aku je)
then borak2 makan2.
pkul 3 balik ukm sbb kna jmpa Dr Azmin.

ape yg aku nk petik dlm aktiviti di rumah Haziq td ialah,
Ayah Chik tnya aku dh ade bf ke blum.
aku ckp la xde.
dia ckp mcm xlogik budak U xde bf.
hahahaha.
aku ckp mmg xde.

haih, yela kan..
umur pn dh nk masuk 22tahun,
so mmg kena cpt2 cari bakal hasben.

pastu, smpai kt ukm tibe2 hp ku bergetar (vibrate, hahaha)
tgk2 msg from mama.
mama papa ckp couple tee yg aku pos tu dh smpai.
diorg suka & ckp cantik sgt.
mcm2 lg la diorg ckp yg mmg wat aku happy.
yela, aku bg hadiah tu.
then diorg suka pulak.
happy la kannn.

lepas jmpa Dr Azmin tu,
aku call mama.
borak2 ngn mama.
i told her yg sekarang ni smua org wat couple tee dgn psgn masing2.
so,
thats why aku buatkn sepasang utk ma & pa.
then mama tanya,
aku xde buat couple tee dgn sape2 ke?
aku ckp la xde smbil gelak2..
mama ckp, cepat2 la cari sorang.
hahaha kelakar.
hari tu abg aku Syukri yg kena soalan cepu emas
"dh ade gf ke blm? kalo xde, nk papa carikn?"
then mama suh pesan kt abg Syakir aku supaya prktis2 babysit budak2.
(sbb aku cite psl kejadian dia babysit Eryna, :P)
then aku pulak kena.
kena cari calon sorg sbb nk suh wat couple tee sesama.
hahaha..

aduhai, mmg bonda aku ni xsbr nk dpt menantu baru ni.
hehehe.
sabar ye ma,
menantu mama on the way xsmpai2 lg.
jalan jem katanya. :P
hahaha.

p / s I : dah ade calon yg berkenan di hati, tapi.....

p / s II : aku punya due date kpd diri sndiri utk kahwin adalah pd thn 2012.
tahun depan dh tuu..

Tuesday, March 29, 2011

my heart.

Assalamualaikum

rindunya kt kampung halaman.
rindunya kt mama papa.
rase mcm sesak nafas menanggung rindu.

rasa2nya dapat jumpa mama papa & family lain lg dlm masa trdekat ni.
sbb if Kak Shahida bersalin nnt, smua nk gi Kulim.
harap2 wktu tu tesis dh pn brada dlm genggaman Dr Azmin.

p / s I : koho nok habih, koho tokleh 'ok'.

p / s II : sabarrr, 'ok' snapah jah lagi. wuwuwuwuwu.

Sunday, March 27, 2011

Ayah Teh dan Eryna.

Assalamualaikum.

sekarang tepat jam 230 pagi.
td (setengah jam yg lalu),
perut meronta2 kelaparan.
sbb lapar sgt, rasa nk ngadu kt someone, nk manja2.
so,
msg la bf ckp cmni..
" abang, baby lapar laaaa.. jom kuar gi Mekdi.. "
hahaaa, gedik x?
actually mana ada bf,
aku msg abg aku la a.k.a ayah teh kepada Eryna & Nabhan.
berikut merupakan dialog msg aku & ayah teh.

**yang bold tu ayah teh, yg italic tu aku**

laparr..

lapar? xde megi ke? Sya gi rumah abg long semalam.

xda megi.. ye? lepas tu abg long bwk gi mkn mane?
( tnya psl mkn sbb lapar :P )

xbwk g mane2 pn. sya duk rumah je. pagi td dia gi IKEA.
tinggalkan Eryna & sya duk tido. lepas tu babysit Eryna smpai tghari.
then balik..

haha. Babysit Eryna?

yup babysit Eryna. td bgn tido tgk xde org kt rumah.
ada Eryna je. kena wat milo utk Eryna, mandikan Eryna..
nasib baik abg long balik pukul 1..

hahaha. xdpt bayangkan. klakar, klakar..

Eryna yg nak milo la, nk mandi la, nk main buble la..
kalau x, memang xmandikn dia dh pn.. hahaha..

hahaha, funny. Ok la, pegi la smbung buat keje..


hahaha, sungguh tak sangka ayah teh babysit Eryna.
boleh la kahwin cpat2 n babysit anak sendiri pulak. :P

p /s : dialog sbnr dlm dialek kelate tp diubah suai supaya sesuai dgn semua lapisan masyarakat.

Saturday, March 26, 2011

ohh seriously this is funny. hahaa.

Lagu Spongebob versi Kelate:

Ready dok budok-budok?
Ho laa, kepten!
Gaapo diiooo? HO LAA, KEPTEN!
oo..Podio dok dale buoh lanah bowoh laut?
Spongebob Sluar Kotok!
Sene meresap bwarno kuning.
Spongebob Sluar kotok!
Kalu demo suko bendo laut hok ngarut.
Spongebob Sluar Kotok!
Pah mari la pakat nopat supo ike.
Spongebob Sluar..Kotok!
Ready?
Spongebob Sluar Kkotok (3x)
Spongebob Sluar Kotokk!!!!

p / s I : this is very funny. i cant stop laughing. found this on someone's fb.
hahahahaha.

Friday, March 25, 2011

Comeback. [edited]

CNBLUE buat comeback.
siyesly aku nk bg 4.5 stars utk album ni.

Album - First Step.
Lagu feveret - Intuition.

bg aku,
selain drpd melodi yg best,
lirik lagu memainkan peranan penting.
and also "addictive lyrics" juga penting.
apa yg aku perasan,
lagu kpop mmg mcm tu.

cth,
" Gee gee gee gee baby baby " - Gee [SNSD]
" I dont care e e e e e " - I Dont Care [2NE1]
" weitoria, weitoria daridiridara doo " - Loner [CNBLUE]
" Love love love, everybody clap clap clap " - Love [CNBLUE]
" Digi digi bob bob to the sound " <<--entah apo mksudnya - Love [CNBLUE]

and of course lagu bru diorg ni akan ade addictive lyrics jgk.
" step by step, one two three, dipdi daridu " - Intuition

itu sahaja hupdate kali ini,
sekian.

p / s I : xreti nk elaborate post biar panjang.

p / s II : tak suka orang hipokrit. huh!

--------------------------------------------------------------------
edited:

suka rambut Jungshin wlaupn ramai komen ckp xhensem.
ohh Jungshin chingoo : )

ini link ke MV diorg.
*nosebleed tgk Jungshin*

Tuesday, March 22, 2011

quick update.

-hari ni makan nasi basi.
-kerja byk xjalan gara2 cuaca mendung, so tido tak ingat dunia.
-menyesal xsudah sbb byk tido.
-perkara yang paling jauh dgn kita adalah masa yg sudah lepas. (takkan kembali smpai bila2)
-menyesal, menyesal, menyesal.
-akan pastikan mlm ni masa digunakan secara WISELY.
-sekian.

Saturday, March 19, 2011

siap la kau!

Assalamualaikum.
ceh, tajuk nak gempak je.
haha.

actually aku ni xbrape nk sembuh lg dr dmam & selsema.
sem ni mmg plg kerap aku dpt pnyakit.
sbb kurang minum air, pmakanan xsihat.
or banyak dosa?
if yes,
harap dosa aku byk terhapus. huhu.

esok nk gi Mid Valley dgn abgku Syakir n gf dia.
haha.
dah diri sndiri xde bf,
aku ajak la abg aku n gf dia.

esok nk mkn korean food,
then nk tapau sushi.
pastu nk tgk wayang.
hahaha.
demam2 takkan menghalang aku drpd wat smua tu.
siapla kau!
esok aku nk puaskan tekak & perut ku ini.
hahaha.

itu je nk gtau,
tata kamu, kamu & kamu semua.

p / s : tido ptg td dkat2 maghrib terkantoi bila mama call. kena bebel sedas dua. :P

Friday, March 18, 2011

panda eyes.

assalamualaikum wbt.
: )
actually skrng ni dlm mood selsema.
duk sokseksoksek.
haih, mmg antibody lemah btul aku ni.
sem ni dh dua kali demam.
selsema & batuk pn byk kali jgk.
nasib baik skrg xdemam.
hehe.

sebenarnya minggu ni sgt penat.
kerja makan je yg membuatkan aku penat.
14hb mlm ade BBQ junior anjurkan.
16hb mlm ade dinner course aku (Maths).
17hb mlm ade dinner kolej.
so,
muka ni byk la aku tempek krim, bedak, makeup sgala bagai.
smpai aku rasa kulit aku ni xleh bnafas dh.
bila habis je dinner smlm,
aku berazam xnk pkai ape2 kt muka (selama yang mungkin) melainkn moisturizer & uv cream je.
sbb kesian kt kulit aku.
nk jugak dia rehat.

cuba tgk gmbr bwh ni.
actually ni gmbr gedik before pegi dinner kolej.
aku antara dua nk upload ke x gmbr ni kt fb sbb mcm gedik je gmbr aku ni.
tp, kuatkn hati upload jgk sbb nk tnjuk muka aku bermakeup ni cmne.
hahahahaha.
tp yg buat aku terharu & xsngka ialah ramai yg like & komen.
stakat ni ade 16 org like & 26 org komen.
siyes xde riak ke ape cuma nk share ke-hepi-an aku.
sbb btul2 xsngka.
org yg xpernah like & komen aku pn boleh like & komen aku.
trima kasih byk2 la sbb korg wat aku happy.

actually aku ni seorg yg confident rendah kalo masuk bab penampilan.
aku ni xde la berbody slim, tinggi bak model.
mungkin tu yg wat aku kurg yakin.
so,
bila rmai komen & puji, aku rase confident utk berhadapan dgn org lain.
kwn aku pernah ckp,
" your confidence will make you beautiful. "
aku rasa ada kebenaran di situ.
hehe.

cukup2la ayat perasan.
haha.
okay, tgk gmbr bawah ni pulak.

ini gmbr kt kuliah td.
kesan makeup 2 3 hari straight,
membuatkan muka & kulit aku kelihatan penat.
and tadaaaa, panda eyes!
xpernah seumur hidup aku dpt panda eyes, skali hari ni dpt.
hahaha.

okay, setakat ni sahaja update aku.
nk gi wat tesis.
tata!

p / s : saya happy! cira ckp, dari mata turun ke hati. hehehehe.

20.

kepada 20 followers saya,
trima kasih kerana sudi follow blog saya.
: )
itu je.

p / s : nak autograf ke? :P

Thursday, March 17, 2011

kesian : (

kesian kat hati saya.
makin lama makin 'mengecil'
habis la hati saya nanti.

p / s : redha dgn ketentuan Allah.

kepada kamu dan kamu, what you give, you'll get back. thanks.

Saturday, March 12, 2011

kering? 'pau'lah orang tersayang.

Assalamualaikum.
memandangkan ni dah nak masuk hujung2 sem.
duit semakin kering.
sbb awal2 sem dulu dah banyak tabur duit sana sini.

jadi,
bila td abg long msg tnya aku nk balik Kota Damansara x,
aku jawab nak.
sbb niat di hati nk jumpa anak buah, Eryna.
tp aku tertipu.
rupa2nya kak ita & eryna pergi melaka.
dia ajak aku & abg aku syakir tu sbb dia bosan duk sorang2.
hampagas betul.
tp xpe,
xmarah pn.
: )

alang2 dh balik rumah abg long,
aku pn men'demand' nak makan sedap2.
sbb aku tau kalo duit kering nih, makan kena jimat.
hahaha.
aku ckp aku nk mkn sushi utk dinner,
tp dia bwk aku gi steamboat kt 'priuk'.
tu nama restoran tau,
kang ingt aku gi bedal periuk sape utk mkn steamboat nih.
aku xkesah dia xbwk ber'sushi' sbb aku pn suka steamboat.
nak2 pulak steamboat ni buffet.
hang nak bedal sepuluh periuk pn boleh asalkan habis.
kalo xhabis dia caj kau.
then aiskrim pn ade.
aku rase smua jenis aiskrim yg ade.
smua perisa aku amik.
bila lg nk bayar murah tp makan tanpa had kn?
hahahaha.

dah kenyang ala2 nak meletup perut tu,
kami pn balik.
then aku demand lg mintak topup sbb kredit pn kering jgk.
hahaha.
abg long pn blanja la topup.
baik kn abg long saya?

itu je nk cerita,
kui3.
igt pesanan ni,
kalo kering, 'pau'lah org tersayang :P

p / s I : abg long, next time kalo bosan duk sorang2, ajak la adik2mu kt ukm & uia ni teman. nanti kami 'pau' lg. heheheh. : )

Friday, March 11, 2011

Solusi : Jagalah Hati

Assalamualaikum.
firstly,
nk ucap setinggi-tinggi syukur Alhamdulillah.
knp?
kerana Allah dah temukan aku dgn majalah Solusi.
memang ilmu ni, semakin kita tuntut, makin byk yg kita rasa tak tahu.
apatah lagi ilmu agama.
bila baca Solusi ni,
terasa sgt cetek ilmu agama yg aku ada.
smpaikn selalu je terdetik,
" Ya Allah, terima kasih kerana menemukan aku dgn majalah ni. "

bagi aku,
isu 4 Solusi adalah isu faveret aku.
topik bagi isu tersebut adalah mengenai HATI.
korang mmg kena miliki isu ni.
masalah hati mmg banyak dan penyakit hati perlu dirawat.

membaca mengenai topik HATI ni,
aku berazam untuk kembali merawat beberapa penyakit hati yang bersarang ni.
semoga Allah membimbing dan memberkati azam aku ni.
aku bukan nak menunjuk2 atau jauh sekali nak berbangga dgn azam aku ni,
aku hanya ingin berkongsi dgn korang betapa masalah hati adalah masalah yg sgt serius.
dan perlu dirawat.
(termasuk masalah hati aku sendiri)

kt bawah ni adalah apa yang aku petik daripada majalah tersebut.
boleh terdiri drpd hadith, tafsir al-Quran, mutiara kata dan sebagainya.
jom baca bersama-sama agar kita dpt berubah menjadi manusia yg lebih baik.

" Berhati-hatilah menjaga hati kerana amalan yang sebesar gunung pn tidak akan bernilai walau sedebu pn, sekiranya diamalkan tanpa IKHLAS. "

" Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat kepada rupa paras kamu dan harta kamu tetapi melihat kepada hati-hati kamu dan amalan-amalan kamu. " (Riwayat Muslim)

" Jauhilah prasangka kerana prasangka itu adalah sebahagian daripada dosa. " (Surah al-Hujarat 49:12)

Allah berfirman yang bermaksud: " Dan sesiapa di dunia ini buta hatinya, maka di akhirat nanti juga akan buta, dan lebih sesat lagi jalannya. " (Surah al-Isra' 17:72)

" Carilah hatimu sewaktu membaca al-Quran. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika kau duduk bertafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, berdoalah kepada Allah dan pintalah hati yang baru.."

itulah serba sedikit yg aku dpt share dgn korg.
sebaiknya,
milikilah isu 4 solusi ni.
tak pn, pinjam dgn aku pn boleh. : )

p / s I : thanks you Allah, thank you Solusi.

p / s II : kalau ada org nk berubah, jangan condemn dia sebaliknya berilah sepenuh sokongan kita kepada dia.

p / s III : kepada semua yang terasa hati dgn aku, ini adalah permohonan maaf dari hati aku yang plg dalam, from the bottom of my heart, aku betul2 minta maaf.

p / s IV : kepada Una, Mahirah, Syeera & Kin.. Lin minta maaf atas kekasaran bahasa dan perilaku yg menyakitkan hati.

p / s V : takziah buat Mahirah yang kehilangan nenda tercinta. kepada yg baca post ni, sama2 kita sedekahkn Al-Fatihah. take care tau. if ade pape, msg la org k.

judge people by....?

seriously i dont judge people by its cover.
sbb byk dh tejadi kt aku,
luaran nampak baik gila, bejuruh, warak,
tapi dalaman hampeh.
hati busuk & berulat.

bila dah kenal lama,
baru aku tau buku tu mcm mana,
rupa2nya tak seindah kulitnya.

aku xcakap aku baik,
luaran lagi aku dah tunjuk aku xbaik,
so mmg kulit buku aku hodoh,
aku mulut celupar,
aku pakai selekeh,
dalaman aku pn mcm tu la.
selekeh dan teruk.
so,
kau boleh judge aku by my cover.

dulu aku pembimbing rakan sebaya,
tapi aku hampeh,
xde rakan sebaya aku yang terbimbing,
entah mcm mane kaunselor bleh pilih aku.
tp,
walaupn aku hampeh,
aku blajar cara berkomunikasi dgn betul,
wlaupn kdg2 aku xmengamalkannya.

" untuk orang menghormati kita,
kita harus menghormati org lain. "

itu yg aku igt.
patutlah xde org hormat aku sbb aku teruk, xbaik.
org pn xnk berkawan dgn aku,
sbb aku mulut celupar kn?
patut la smpai ke skrg xde pakwe lg.
(haha, berkait ke?)

p /s I : penat bermain prasangka2 ni, dosa pn dpt.

p / s II : jangan berprasangka buruk terhadap aku kalau kau belum kenal sepenuhnya aku.

p / s III : " Jauhilah prasangka kerana prasangka itu adalah sebahagian drpd dosa " - Surah al-Hujarat 49:12

p / s IV : baru lepas tempah couple tee untuk papa dan mama memandangkan aku xde bf, xleh wat couple tee utk diri sndiri.

Thursday, March 10, 2011

Couple Tee.

saya nak beli couple tee.
siapa nak bercouple dgn saya.
-_-
siapa sudi sila respon.

p / s I : terbuka kpd girl sahaja.

p / s II : saya ambil baju yg boy, anda ambil baju yg girl.

p / s III : rase2nye tiada siapa akan respon kpd post ini.

KESIAN terima kasih.

Wednesday, March 9, 2011

maaf.

Assalamualaikum.

Berdiam itu lebih baik drpd bercakap.
sbb bila kita bercakap,
tanpa kita sedar kita ade mengeluarkan words / ayat yg melukakan hati org lain.

maka,
aku Nik Nur Adilin nk minta maaf atas segala kekasaran bahasa,
kelantangan, kelaseran dan segalanya yg berpunca drpd kata2 aku.
i'm very sorry.

aku manusia yang suka bercakap,
not-stop.
aku admit aku sedar yg aku keluarkan smething yg tidak sepatutnya dilafazkan.
i'm very sorry.
from the bottom of my heart, i apologize.

kepada kawan2 aku yg tiap2 hari aku jumpa,
cira, una, may & kin,
aku minta maaf juga.
korg adalah org yg plg byk bersama aku kt ukm ni,
of course plg byk akn terasa dgn kata2 aku berbanding org lain.
i'm truly sorry.

p / s I : ini langkah pertama untuk berubah. minta maaf.

p / s II : berubah itu sangat susah apatah lg mengubah HABIT kita.

p / s III : kurang bercakap itu mungkin susah bg aku, tapi kurangkan bercakap mengenai perkara2 yang tidak baik tu akan aku usahakan & ubah sedikit demi sedikit.

p / s IV : ini post ikhlas dari hati, bukan main2. ini betul2 bukan cobaan.

p / s V : will remain as a humourous person. but I will try to be as nice, "clean" and good as possible.

thank you.

Tuesday, March 8, 2011

rindu itu indah.

Assalamualaikum.

rindu itu indah..
jika kena pada tempatnya.
jika kena pada orangnya.
dan sudah pasti rindu itu menjadi paling indah jika ia kepada Yang Maha Esa.

kali ini nk bercerita tentang rindu aku pada anak buah aku yang comel, pandai, mendengar nasihat, tak nakal, soleh, solehah malah 'juruh sejuruhnya'.
Maha Suci Allah yang menciptakan manusia yang lahirnya ibarat kain putih.
tanpa corak, putih bersih tanpa noda.
wktu yang paling sesuai untuk mendidik, memberikan ilmu agama & mengajar mana baik mana buruk.
tengok gambar kt bawah ni,
gambar Eryna sedang berdoa lantaran terikut-ikut apa yang dia sering lihat papa dan mamanya lakukan.
mungkin Eryna xpaham lg apa yg dia buat,
tp nanti Eryna dh besar sikit Su Lin akan explain ye? : )
sebab tu org kata,
tunjuklah contoh sebaik-baiknya kpd anak-anak kecil.

selain tu,
Nabhan pn good boy jugak.
selalu pergi solat subuh kt masjid dgn abah,
solat Aidilfitri hari tu pn Nabhan ikut sama,
ambil wudhu' pn Nabhan pandai.
Alhamdulillah.
thanks to ibu & abah yang pandai mendidik Nabhan.
dan mama & papa Eryna juga.
Su Lin kagum dgn anak2 buah Su Lin yg soleh solehah ni.
dh besar nanti jadilah manusia berguna kepada parents, family, bangsa, agama & negara.

playing bubles together : )

p / s I : manusia sewaktu lahir diibaratkan seperti kain putih yang suci bersih. namun janganlah malu atau merasa terpinggir apabila melakukan dosa kerana pintu taubat sentiasa terbuka. usah berharap kembali menjadi kain putih, namun berusahalah pula menjadi batik yang indah dan sedap dipandang.

p / s II : aku juga tidak baik, alim apatah lagi sempurna. namun aku berusaha mencari jalan memperbaiki diri dan menjadi manusia yang lebih baik berbanding seblumnya.

p / s III : dont judge the book by its cover.

Saturday, March 5, 2011

marah.

rasa nak marah sangat2 smpai rasa mcm nak menangis.

Friday, March 4, 2011

take a sneak peek.

hello there.
jom intai2 make up style yang aku plan untuk digunakan time dinner nanti.
ini baru plan ye.
: P
memandangkan ini dinner final year,
so nk gorgeous & glamour sikit.
baru xmenyesal di kemudian hari kn?
red & bold lipstick is my choice.
merah makngah youu.
tak kesah org nk ckp ape,
janji aku happy : )

ini first choice.
pakai eyeliner & red lipstick.

ini mata mcm xpakai ape2.
just lipstick.

yg ni mata ade pakai eyeshadow + maskara.
tp xreti buat mcm tu.
yang ni tak koottt.

dinner nanti, plannya nak berlipstick macam ni la.
ada berani???
: P

p / s : xsabar la pulak nk dinner. hehee.

melantak.

melantak ke lantak kau?
haha.
ape2 je la.
saje nk gtau.
td makan pizza cheesy lava pepperoni delight.
and strawberry smoothies.
habis diet aku untuk dinner nanti.

p / s : selama ni diet pernah ke menjadi? -_-

Wednesday, March 2, 2011

masalah.

semua manusia pasti akan ada masalah.
even kaunselor yg pong pang pong pong pang bg nasihat kt orang pn ada masalah.
jadi,
aku insan hina lg kerdil lg comel ni,
of course la ade masalah jgk.
maka,
dengan kewarasan yg ada,
aku akan MANAGE and cuba SOLVE masalah aku sebaik mungkin.

fighting!