Assalamualaikum.
firstly,
nk ucap setinggi-tinggi syukur Alhamdulillah.
knp?
kerana Allah dah temukan aku dgn majalah Solusi.
memang ilmu ni, semakin kita tuntut, makin byk yg kita rasa tak tahu.
apatah lagi ilmu agama.
bila baca Solusi ni,
terasa sgt cetek ilmu agama yg aku ada.
smpaikn selalu je terdetik,
" Ya Allah, terima kasih kerana menemukan aku dgn majalah ni. "
bagi aku,
isu 4 Solusi adalah isu faveret aku.
topik bagi isu tersebut adalah mengenai HATI.
korang mmg kena miliki isu ni.
masalah hati mmg banyak dan penyakit hati perlu dirawat.
membaca mengenai topik HATI ni,
aku berazam untuk kembali merawat beberapa penyakit hati yang bersarang ni.
semoga Allah membimbing dan memberkati azam aku ni.
aku bukan nak menunjuk2 atau jauh sekali nak berbangga dgn azam aku ni,
aku hanya ingin berkongsi dgn korang betapa masalah hati adalah masalah yg sgt serius.
dan perlu dirawat.
(termasuk masalah hati aku sendiri)
kt bawah ni adalah apa yang aku petik daripada majalah tersebut.
boleh terdiri drpd hadith, tafsir al-Quran, mutiara kata dan sebagainya.
jom baca bersama-sama agar kita dpt berubah menjadi manusia yg lebih baik.
" Berhati-hatilah menjaga hati kerana amalan yang sebesar gunung pn tidak akan bernilai walau sedebu pn, sekiranya diamalkan tanpa IKHLAS. "
" Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat kepada rupa paras kamu dan harta kamu tetapi melihat kepada hati-hati kamu dan amalan-amalan kamu. " (Riwayat Muslim)
" Jauhilah prasangka kerana prasangka itu adalah sebahagian daripada dosa. " (Surah al-Hujarat 49:12)
Allah berfirman yang bermaksud: " Dan sesiapa di dunia ini buta hatinya, maka di akhirat nanti juga akan buta, dan lebih sesat lagi jalannya. " (Surah al-Isra' 17:72)
" Carilah hatimu sewaktu membaca al-Quran. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika kau duduk bertafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, berdoalah kepada Allah dan pintalah hati yang baru.."
itulah serba sedikit yg aku dpt share dgn korg.
sebaiknya,
milikilah isu 4 solusi ni.
tak pn, pinjam dgn aku pn boleh. : )
p / s I : thanks you Allah, thank you Solusi.
p / s II : kalau ada org nk berubah, jangan condemn dia sebaliknya berilah sepenuh sokongan kita kepada dia.
p / s III : kepada semua yang terasa hati dgn aku, ini adalah permohonan maaf dari hati aku yang plg dalam, from the bottom of my heart, aku betul2 minta maaf.
p / s IV : kepada Una, Mahirah, Syeera & Kin.. Lin minta maaf atas kekasaran bahasa dan perilaku yg menyakitkan hati.
p / s V : takziah buat Mahirah yang kehilangan nenda tercinta. kepada yg baca post ni, sama2 kita sedekahkn Al-Fatihah. take care tau. if ade pape, msg la org k.

2 comments:
my fav too~~hehhe.mmg suka part yg cari lah hati yg baru..sebb kdg2 kita perlukan hati yg baru untuk jiwa yg baru..:)
so true fatien! : )
Post a Comment