Tuesday, May 3, 2011

Praktikal (1st 2 days)

Assalamualaikum

Dah lama rasanya tak update blog.

Last update sebelum cuti hari tu (masih kt ukm).

Sekarang ni dah hari ke-10 duk umah,

Dan merupakan hari ke-2 praktikal.

So,

Mesti smua bleh agak post kali ni pasal ape.

Hehehe, mesti la psl praktikal.


Sebenarnya kan, semalam lagi rasa nk update blog.

Wktu xbalik keje lg rasa membuak2 nak update blog.

Smpai rumah, terus KO.

Tido pkul 7 mlm lg, bgn smyg maghrib n isyak je.

Penat xigt dunia.


Actually ape yg aku buat pd hari petama smpai penat xigt dunia tu?

Sbnrnya mcm ni,

Pagi tu, aku kena g dftr kt tmpt aku prktikal ****bank pkul 830.

Tp dsbbkn xnk lambat,

Pkul 720 lg aku dh tcongok kt situ.

Tmpt aku prktikal ni sgt la punctual.

Kalo pkul 830 msuk keje, pkul 830 la diorg smua ada kt ofis.

So,

Stelah mnunggu dlm sejam lebih,

Aku pn dibawa masuk jumpa branch manager Encik MZ.

Smua pkerja kt situ pnggil dia Boss.

Hahaha.

Boss sgt funny, peramah, baik hati & mmg xmcm boss.

Dia borak2, xmitak pn surat twrn ke ape.

Then dia tnya umur aku,

Dia tkejut bila aku ckp umur aku 22 tahun.

Muda lg katanya, hahaha. Muda ke?


Then boss suruh Abg D bwk aku jumpa smua staff utk knalkn diri.

Mula2 knal2 dgn staff aras aku bkerja (aras 1).

Then aku dibawa ke aras 2, aras 6 & aras M.

Jmpa boss2 besar kt stiap aras.

Boss2 ucapkn tahniah sbb dpt praktikal situ & suh aku gunakn pluang sbaiknya.

Smua staff situ sgt2 baik & mesra.

Wktu kenal2 tu mmg xrasa neves lsg.


Stelah tu aku kembali ke aras 1 utk mulakan kerja.

Yg bg panduan & penerangan kt aku ialah Kak T.

Dia PIC (person in charge) aku.

If xtau pape, tnya dia.

Tnya org lain pn bleh.

Mula2 xde keje lg,

Lepas tu aras aku mula sibuk sbb tmpt aku ditugaskn

adalah tmpat gadai barang kemas & tebus gadai.

Nak2 pulak sebelum tu cuti 3 hari (weekend+hari pekerja),

So mmg busy la smlm.

Ramai gile nk gadai2 barang, tebus balik ape yg diorg gadai.

Barulah aku betul2 sedar yg dlm dunia ni,

Xsmua org senang,

Nak hidup kena gadai2 smua ni.

Tu 1 pengalaman hidup yg aku dpt.


Then kak T ajar aku cara nk guna mesin fotostat,

Sbb sape2 yg nk gadai2 ni, kena fotostat IC,

If pegawai2 xckup tgn, aku la kna tlg fotostatkn.

Bgus jgk, dpt la aku blaja cmne nk guna mesin fotostat.

Sblm ni,

Org lain yg fotostat.


Slain tu aku tlg tulis maklumat2 barang gadai,

Mcm jenis brg yg org tu gadai,

Berat brg gadai, nilai gadaian & byk lg.

If ada org nk amik brg gadai,

Aku akn tlg Encik Z atau Kak N amik brg,

Aku diberi kepercayaan utk tau access code utk masuk dlm bilik kaca bank tu,

Dan aku juga diberi kepercayaan ikut pgawai2 masuk dlm bilik kebal bwh tanah utk amik brg gadai.

Kdg2 aku akn tlg Kak T mitak sign drpd boss,

Tlg kak NH tulis surat tuntutan saman,

Atau tlg boss bg surat kt mana2 pegawai yg dia nk.

Jadi keje aku mmg xmemerlukan high heels.

Hahaha.

Sbb aku kena bergerak ke sana ke mari dari aras bawah ke aras 6.

Lif pn ade tp kdg2 aku guna tngga sbb lg cepat.


Ade jgk aku kena taip muka dpn file,

Print & tampal dkt file,

Tp tu awal2 hari ptama je,

Dh masuk tghari mmg busy dgn keje2 yg aku gtau kt ats td.


Masuk hari kedua,

Rmai pegawai aras aku amik cuti,

2 3 org yg sakit,

So aku kna amik alih tugas kak NK sbb dia kna jd pgawai utama,

So,

Tugas aku duk meja depan,

Jawab call & jawab ptnyaan org yg dtg.

Wktu nk jawab call tu mmg neves jgk,

Sejuk beku tgn aku,

Ni ayat aku wktu jwb call,

“Hello ****bank Kota Bharu, boleh saya bantu”

Hahahaha.

Xsngka dlu aku yg tukang call,

Skrng aku jd tukang jawab.


Slain tu, aku masih lg wat keje2 hari ptama,

Bantu pgawai yg xmenang tgn,

Pegi amik brg gadai & sbgainya.

Hari kedua ok sikit kot,

Xdela penat sgt sbb lunch tu aku mkn nasi.


Mane tak penat hari ptama, aku xmkn pape pn sbb neves mula praktikal.

Hahahaha.


Baru aku tau istilah utk org nak gadai barang adalah ‘letak barang’,

So if ade customer dtg,

Kena tnya “encik/puan nak letak brg ke?”


Ok la,

Tu je update kali ni.

Hah, amik kau!

Skali update terus pjg.


P /s I : actually, mula2 rase mcm xbest praktikal sbb aku susah nk biasakn dgn suasana baru. Tp bila igt 1 quote yg aku baca (something like… amalan sbesar gunung tidak akan bernilai wlau sedebu pn jika diamalkn tanpa ikhlas), aku mula ikhlaskn diri buat smua keje yg diarahkan. Xkesah wlau ia sesimple fotostat IC sbb aku dh membantu pgawai yg xmenang tgn smpai nk dia nk rehat pn xsempat.


P /s II : Ya Allah, lindungilah hati aku dan jadikanlah aku seorang yg ikhlas melakukan setiap urusanku.


P /s III : Ya Allah, permudahkanlah urusan praktikal aku sepanjang 3 bulan ini.


Amin Ya Rabbal Alamin.


Tata, Assalamualaikum.

2 comments:

Nur Nabila said...

slmt berpraktikal syggg~~

Lin said...

tq nabila syggg :)